Panduan Cara Memancing Teknik Jigging
Cara memancing teknik jigging memerlukan anda melakukan cara
karauan dan henjutan yang betul. Namun pelbagai pemancing, maka pelbagailah
cara karau dan henjutan. Teknik yang saya amalkan adalah 2 kali karauan
kemudian henjutan, begitulah selanjutnya.
Namun harus diingati ia sebenarnya bergantung kepada nisbah
ratio gear reel Jigging yang kita gunakan. Jika saya menggunakan reel gear
ratio 5.1.1 maka itulah tips atau panduan yang saya gunakan.
Namun begitu anda boleh mencuba dengan pelbagai teknik dan
gaya. Pengalaman pasti memainkan peranan yang penting dalam Cara Memancing teknik Jigging ini.
Sebolehnya lontarkan Jig mengikut aliran arus dan pastikan
juga ia mencecah dasar sebelum henjutan dan karauan di lakukan.


No comments:
Post a Comment