Sunday, 26 October 2014

Sungai Selalang, Serawak

Ngail di Sarawak



Teknik Jigging

Panduan Cara Memancing Teknik Jigging

Cara memancing teknik jigging memerlukan anda melakukan cara karauan dan henjutan yang betul. Namun pelbagai pemancing, maka pelbagailah cara karau dan henjutan. Teknik yang saya amalkan adalah 2 kali karauan kemudian henjutan, begitulah selanjutnya. 
panduan jigging
Namun harus diingati ia sebenarnya bergantung kepada nisbah ratio gear reel Jigging yang kita gunakan. Jika saya menggunakan reel gear ratio 5.1.1 maka itulah tips atau panduan yang saya gunakan.
Namun begitu anda boleh mencuba dengan pelbagai teknik dan gaya. Pengalaman pasti memainkan peranan yang penting dalam Cara Memancing teknik Jigging ini. 
Sebolehnya lontarkan Jig mengikut aliran arus dan pastikan juga ia mencecah dasar sebelum henjutan dan karauan di lakukan.
Tips Jigging

Kesimpulan Cara Memancing Teknik Jigging

Secara asasnya memancing teknik jigging memberikan suatu kepuasan memancing yang sukar digambarkan. Biarpun banyak banyak wang ringgit terpaksa di habiskan namun kepuasan mengatasi segalanya. Lebih-lebih lagi sekiranya Cara memancing Teknik Jigging ini memberikan hasil pancing yang besar dan banyak. Semoga Cara Memancing Teknik Jigging ini dapat memberikan suatu pengalaman berguna untuk anda.